Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan ...

Assalamualaikum ...
Holla peeps.!



Hari ini sudah masuk 6 hari kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini, kita perlu berlumba lumba melakukan amal ibadat. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai ke garisan penamat dan muncul juara. Melakukan amal ibadat seperti memperbanyakkan membaca dan menghafaz al-quran, bersedekah, solat sunat tarawih dan tahajud. Dapatkan bonus berlipat ganda dari hasil ibadah korang.
.

Tips untuk khatam al-quran di bulan ramadhan ini ... Baca al-quran 4 muka surat setiap kali solat. Jika dicampur campur , subuh 4, zuhur 4 , asar 4, maghrib 4, isya' 4 ... total 20 muka surat. So, dalam masa sehari korang dapat baca satu juzu'. Itu cara aku untuk khatam al-quran. Untuk girl, pada waktu tertentu 'bendera jepun' wajib naik kan. So, korang boleh arrange sendirilah nak baca berapa pages sehari. 


Pernah tak korang bersahur tapi terlupa nak niat.?  Biasanya sebelum tidur aku akan niat. Mana tahu, punyalah syok tidur, sedar sedar dah lepas subuh. Haaa, kan selamat. Biasanya pada malam tarawih pertama, imam akan alert kita untuk niat puasa sebulan kan. Sape tak tau tu, tak pergi tarawih lettew.! KAHKAH ...





p/s : Walaupun dah terlambat, redah jelah . SELAMAT BERPUASA,! Dan jangan lupa bangun bersahur. Bersahur amat penting untuk membekalkan energy untuk melakukan aktiviti di siang hari.

Smile, it's simple.!

Tuesday, June 19, 2012

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum ...
Yo sweethearts.!





Alhamdulillah, tanggal 17 June 2012 majlis pertunangan berjalan dengan lancarnya. Menggigil giler tangan bila ibu pihak lelaki sarungkan cincin pertunangan. Yang tak boleh tahan, tema colour pink. Gegurl gitu~

Hantaran

Pelamin
Best friends
GreaTroublemaker ... 

Mereka sangat sweet.! (gambar blur ^.^ ' )

Chettt lelebih pulak, padahal member aku yang bertunang. KIHKIH ... Tak boleh jadi nii.! Kena cari calon cepat-cepat. Member si tudung hitam tu pun da bertunang. Ucapan untuk nana si cantik manis, "Semoga kekal ke jinjang pelamin. Jangan nak brutal sangat."





Pssstttt : Ayah chik celen kami adik beradik ... bertunang 4 minggu perkenalan, 4 bulan lepas tu nikah.! Sape mau celen.? Aku.? Senyum, tak perlu kata apa-apa. 


Smile, it's simple.!