Assalamualaikum ...
Holla peeps.!
Hari ini sudah masuk 6 hari kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini, kita perlu berlumba lumba melakukan amal ibadat. Jika diibaratkan berlumba lari, kita kena memecut lebih laju untuk sampai ke garisan penamat dan muncul juara. Melakukan amal ibadat seperti memperbanyakkan membaca dan menghafaz al-quran, bersedekah, solat sunat tarawih dan tahajud. Dapatkan bonus berlipat ganda dari hasil ibadah korang.
.
Tips untuk khatam al-quran di bulan ramadhan ini ... Baca al-quran 4 muka surat setiap kali solat. Jika dicampur campur , subuh 4, zuhur 4 , asar 4, maghrib 4, isya' 4 ... total 20 muka surat. So, dalam masa sehari korang dapat baca satu juzu'. Itu cara aku untuk khatam al-quran. Untuk girl, pada waktu tertentu 'bendera jepun' wajib naik kan. So, korang boleh arrange sendirilah nak baca berapa pages sehari.
Pernah tak korang bersahur tapi terlupa nak niat.? Biasanya sebelum tidur aku akan niat. Mana tahu, punyalah syok tidur, sedar sedar dah lepas subuh. Haaa, kan selamat. Biasanya pada malam tarawih pertama, imam akan alert kita untuk niat puasa sebulan kan. Sape tak tau tu, tak pergi tarawih lettew.! KAHKAH ...
p/s : Walaupun dah terlambat, redah jelah . SELAMAT BERPUASA,! Dan jangan lupa bangun bersahur. Bersahur amat penting untuk membekalkan energy untuk melakukan aktiviti di siang hari.
p/s : Walaupun dah terlambat, redah jelah . SELAMAT BERPUASA,! Dan jangan lupa bangun bersahur. Bersahur amat penting untuk membekalkan energy untuk melakukan aktiviti di siang hari.


0 orang backhands aku.!!!:
Post a Comment