Saturday, August 6, 2011

Bila aku demam ...

yo peeps.!

Assalamualaikum ...

Dah 6 hari kita berpuasa kan. Sepanjang 6 hari tu lah aku tak sihat. Mula-mula sakit tekak, then pening-pening lalat and finally demam. Alhamdulillah, hari nie aku dah kembali aktif dan ter'over' aktif seperti sedia kala. Memang azab bila kita sakit nie tapi itulah dugaan yang perlu kita tempuhi. Setiap orang yang sihat pastinya akan sakit juga kan. Sepanjang aku demam, katil lah teman setia aku. Ubat.? Puasa kan (puasa la sangat). Bila aku dah start demam, mulalah ... Nak study pun tak larat. Kalau boleh nak baring ja atas katil. Kelas pulak asyik ter'skip' ja ... 2 kelas, khamis petang and 1 kelas, jumaat pagi.

Sekarang nie cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas. So korang, jaga kesihatan.
Enjoy video nie. Cute kan Lee Hong Ki time dia sebut 'hello hello' ...  Saranghae~




psssstttt : Selamat berbuka and jangan lupa pergi tarawih ok...
Smile, it's simple.!

1 orang backhands aku.!!!:

Admin said...

baguslah awak dah sihat.mungkin badan tak biasa lagi tu.

MOHD NASER.com